Controlled Release Fertilizer
MAMPAN® PADI
MAMPAN® PADI adalah baja yang dilengkapi dengan nutrien mikro, Sulfur (S) dan Silika (SiO2) yang diformulasi khas untuk tanaman padi. Baja premium yang diperkayakan dengan Sulfur (S) dan Silika (SiO2) berfungsi dalam meningkatkan ketahanan tanaman padi daripada serangan penyakit kulat dan bakteria. Baja ini dapat meningkatkan hasil padi melalui peningkatan kesuburan debunga, bilangan biji padi, bilangan tangkai serta peratus kebernasan.
Baja MAMPAN® PADI ini menggunakan Teknologi Agglomerasi Salut Polimer dari Jerman yang berupaya mengurangkan proses kehilangan nutrien semasa penggunaan di sawah kerana partikel baja ini disaluti oleh jaringan polimer bersifat "hydrophobic" (nyah air) yang melarutkan nutrien secara terkawal agar akar tanaman dapat menyerap nutrien secara efisien dan efektif.
KEBAIKAN BAJA MAMPAN® PADI
1. Tingkatkan berat biji padi.
2. Tingkatkan bilangan biji padi.
3. Tingkatkan % kebernasan padi.
4. Tingkatkan ketahanan pokok padi dari penyakit.
5. Jaminan kandungan nutrien 100%.
6. Tingkatkan pendapatan petani.
For further enquiry about this product, please contact us at +603-8926 1664