AJIB® BOOSTER™ – SUPER YIELD ENHANCER (Nutrien Tambahan Terbaik Untuk Tanaman Sawit, Kelapa & Buah-buahan)

​

 

AJIB® BOOSTER™ adalah gabungan beberapa bahan mineral yang diformulasikan dengan menggunakan teknologi terkini yang dapat  membantu dalam meningkatkan pengeluaran hasil bagi tanaman sawit, kelapa dan buah-buahan. 

AJIB® BOOSTER™ dibangunkan melalui kajian saintifik dan kajian di lapangan lebih 23 tahun. Hasil kajian membuktikan bahawa AJIB® BOOSTER™ berupaya meningkatkan hasil sawit sehingga 30%-40%* melalui peningkatan berat tandan dan penambahan bilangan tandan selepas 24 bulan dengan penggunaan yang berterusan.

 

KELEBIHAN AJIB® BOOSTER™ PADA TANAMAN SAWIT

1. Menggalakkan kesuburan debunga (pollen).
2. Meningkatkan kadar fotosintesis.
3. Meningkatkan berat tandan dan bilangan tandan.
4. Meningkatkan kecekapan penyerapan nutrien.
5. Meningkatkan kualiti dan kesihatan tanaman.
6. Meningkatkan hasil BTS secara mampan dan pendapatan ladang.

 

CARA APLIKASI

1. Pokok sawit 1-2 tahun : Taburkan AJIB® BOOSTERTM pada jarak 30 cm (1 kaki) dari pangkal batang sawit.

2. Pokok sawit 3 tahun dan ke atas : Taburkan AJIB® BOOSTERTM pada jarak 1 m (3 kaki) dari pangkal batang sawit.