Sejarah Kami

Diversatech (M) Sdn. Bhd (DTSB) bermula dari syarikat kecil dan sederhana dengan tumpuan utamanya meningkatkan hasil dalam sektor kelapa sawit dan padi melalui formulasi baja yang SEIMBANGAN dan CEKAP yang memberi penekanan kepada pembuatan dedaun, mikronutrien, dan baja NPK untuk meningkatkan hasil tanaman tropika. Syarikat kami telah menetapkan satu aras baru prestasi korporat, penghasilan produk berkualiti tinggi, melalui analisis tanah dan tumbuhan dan juga perkhidmatan perunding baja untuk memenuhi standard yang bertaraf dunia. Pada tahun 2009, Diversatech Fertilizer Sdn. Bhd (DFSB) telah menubuhkan Diversatech (M) Sdn Bhd. sebagai anak syarikat pemasaran bagi memasarkan produk keluaran kami.

Kami mempunyai pasukan penyelidikan yang berdedikasi tinggi (Penerima anugerah National Academic Award 2007), dari Universiti Putra Malaysia. Pakar kami yang berlandaskan innovasi dan berpengetahuan luas dalam kajian tanah, tumbuhan dan baja mampu menghasilkan produk yang memenuhi kehendak industri pertanian. Kini pendapatan tahunan kami telah mencecah sebanyak RM60 juta bagi setiap tahun.

Visi

Be one of the world’s leading nutrient providers for tropical crops to alleviate global food crisis. ”

Misi

Providing balance nutrients for tropical crops and help farmers feed the world.”

Hubungi Kami

Diversatech Fertilizer Sdn. Bhd.
A-02-02, Jalan Medan PB5, Paragon Point
Seksyen 9, 43650 Pusat Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
+603-8926 9103
info@diversatechfertilizer.com

Anugerah & Penghargaan

Diversatech Fertilizer Sdn. Bhd. telah pun memenangi pelbagai anugerah bertaraf nasional dan antarabangsa berkaitan produk dan pengurusan perniagaan syarikat. Pada 2011, Diversatech Fertilizer telahpun menerima tiga ISO berkaitan pengurusan syarikat dan sijil SNI (Indonesian National Standards).

  • ISO 9001:2008 INTERNATIONAL STANDARD FOR QUALITY MANAGEMENT SYSTEMS (QMS)
  • ISO 14001 INTERNATIONAL STANDARD FOR ENVIRONMENTAL MANAGEMENT SYSTEMS
  • OHSAS 18001:2007 INTERNATIONAL OCCUPATIONAL HEALTH & SAFETY MANAGEMENT STANDARD
  • SNI MARKETING CERTIFICATE, MINISTRY OF INDUSTRY, REPUBLIC OF INDONESIA
  • GOLD MEDAL, INVENTION AND INNOVATION COMPETITION, UPM 2002
  • SILVER MEDAL, INVENTION AND INNOVATION COMPETITION, MINISTRY OF SCIENCE TECHNOLOGY & THE ENVIRONMENT OF MALAYSIA 2002
  • MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA, SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT BUMIPUTERA
  • MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA, SIJIL AKUAN PENDAFTARAN SYARIKAT

Rakan Strategik

UPM

Universiti Putra Malaysia

Diversatech (M) Sdn. Bhd. dan Universiti Pertanian Malaysia kini memeterai rundingan kerjasama dimana UPM selaku institusi pengajian akan memberikan kerjasama dari segi kemahiran dan kepakar penyelidik yang akan mengukuhkan R&D syarikat bagi pembangunan produk kami. Pasukan penyelidikan yang diketuai oleh Assoc. Prof. Dr. Syed Omar Bin Syed Rastan, akan membantu syarikat kami dari segi penyelidikan pembangunan produk bagi menghasilkan baja yang bersesuaian dengan komposisi tanah dan tanam iklim tropika.

Mardi

Malaysian Agriculture & Research Development Institute (MARDI)

Sehingga kini kami telah memeterai dua kontrak penyelidikan (NP 0090/10, NIRI 201510) bersama MARDI (Malaysian Agricultural and Research Development Institute) bagi menilai tahap kecekapan baja terhadap pengeluaran dan kualiti beras. Penyelidikan ini dijalankan menerusi program subsidi kerajaan bernilai RM100 Juta.

Pelanggan & Testimoni

Baja keluaran Diversatech’s Fertilizers Sdn Bhd yang telah diuji kini telah digunakan secara meluas oleh agensi kerajaan, syarikat swasta dan industri perladangan.