CARA PENGGUNAAN BAJA KAMILA™

POKOK 1 TAHUN
Tanamkan baja KAMILA™ sebanyak 0.4 kg ini ke dalam lubang pokok sewaktu kerja-kerja pemindahan anak sawit ke ladang dilakukan. Selepas 4 bulan pemindahan ke ladang, taburkan 0.4 kg baja KAMILA™ bagi setiap pokok di bawah kanopi pokok sawit. Selepas 8 bulan pemindahan taburkan 0.4 kg lagi baja KAMILA™ di sekeliling kanopi pokok sawit.

POKOK 2-5 TAHUN
Taburkan baja KAMILA™ di sekeliling bawah kanopi pokok sawit bagi kawasan yang rata atau landai mengikut kadar yang disyorkan seperti dalam jadual syor baja. Jika kawasan itu berbukit dan curam, membaja hendaklah dilakukan dengan membuat 4 lubang dan agihkan baja KAMILA™ sama rata ke dalam setiap lubang. Kaedah menanam ini akan memberi kesan yang lebih efektif dengan memberi jangka hayat baja KAMILA™ sehingga 2-3 bulan dalam tanah bagi kawasan berbukit dan curam.

POKOK 6 TAHUN KE ATAS
Membaja boleh dilakukan dengan menabur baja KAMILA™ di atas lorong timbunan pelepah (frond stacking) bagi kawasan yang rata atau landai. Jika kawasan itu berbukit dan curam, membaja hendaklah dilakukan dengan membuat 4 lubang dan agihkan baja KAMILA™ sama rata ke dalam setiap lubang. Kaedah menanam ini akan memberi kesan yang lebih efektif dengan memberi jangka hayat baja KAMILA™ sehingga 2-3 bulan di dalam tanah.

Bagi kawasan ladang yang landai taburkan KAMILA™
di bawah kanopi pokok sawit
Bagi kawasan ladang yang bercerun dan teres, tanam KAMILA™ di empat lubang bawah kanopi pokok sawit  

kembali ke laman utama>>